JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Makan Daging/Isi Belangkas Dan Telurnya


Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :

 

i. Mesyuarat berpandangan bahawa tiada nas qat’ie yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar haiwan Hidupan Air menyatakan bahwa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dan hanya naik ke pantai untuk bertelur.Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

ii. Sehubungan itu selaras dengan pandangan Jumhur ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa: "hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan".

 


Klik disini untuk mencetak