JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pewarisan Harta Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :

 

i.  Ulama’ sepakat bahawa orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam dan orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dengan bersandarkan hadis لا برث المسلم الكافر ولا الكافر.

ii.  Mesyuarat menjelaskan bahawa ada alternatif dalam pemberian harta kepada orang bukan Islam melalui hibah dan wasiat.

iii.  Mesyuarat mencadangkan agar panduan mengenai hibah dan wasiat ini perlu disediakan untuk dibekalkan kepada pegawai yang menjalankan tugas-tugas berkaitan saudara kita dan para dai'e.

iv.  Mesyuarat juga mencadangkan agar diwujudkan satu badan yang bertanggungjawab dalam pengurusan wasiat yang tidak membebankan masyarakat dan dimaklumkan bahawa badan yang sedia ada seperti Amanah Raya menjadikan perkhidmatan ini sebagai perniagaan dan membebankan masyarakat.

Klik disini untuk mencetak