Barang Gadaian Yang Tidak Dituntut
Setelah berbincang dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Syawal 1437 bersamaan 19 Julai 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:
Barang gadaian yang tidak dituntut oleh penggadai atau ahli warisnya hendaklah diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor hendaklah mengiklankan harta tersebut melalui surat di surau-surau dan di masjid-masjid dalam tempoh satu tahun.
Sekiranya tiada sebarang tuntutan terhadap harta tersebut, maka pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor bolehlah membuat lelongan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Hasil penjualan tersebut (melalui konsep lelongan) bolehlah digunapakai dalam perkara kebajikan dan maslahah umat Islam.
والله اعلم بالصواب