Haiwan Yang Disumbangkan Oleh Orang Bukan Islam Dan Hal Yang Berkaitan Dengannya Pada Hari Raya Korban
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :
i. Hukum menerima haiwan yang disumbangkan oleh orang bukan Islam adalah harus atas dasar keharusan bermuamalat dengan orang bukan Islam.
ii. Jika haiwan tersebut dinyatakan oleh pemberi (yang bukan Islam) untuk dijadikan korban maka hukum korbannya tidak sah, sebaliknya ia hanya dianggap sumbangan kepada pihak penerima kerana korban tidak dituntut ke atas orang bukan Islam. Bagi mereka yang menerima haiwan tersebut bolehlah menjadikan ia korban dan hukum korbannya sah kerana haiwan tersebut telah menjadi milik penerima.
iii. Bagi masjid/ surau atau institusi adalah harus digunakan untuk apa-apa tujuan yang menepati syarak.