JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menyertai Pertandingan Memperagakan Diri Di Khalayak Ramai Seperti Ratu Cantik, Kebaya Dan Seumpamanya


Kategori: Pakaian
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 20 pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-

i.   Hukum asal pertandingan adalah harus dan tidak menjurus kepada perkara-perkara yang haram.


ii.  Semua pertandingan yang melibatkan pendedahan aurat adalah bertentangan dengan perintah menutup aurat dalam Surah An-Nur ayat 30-31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.


iii. Termasuk dalam perkara yang diistilahkan sebagai pendedahan aurat ialah; memperlihatkan susuk tubuh, memakai pakaian yang menjolok mata, terlalu nipis atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan ditonton oleh khalayak yang bukan mahram (yang haram melihat auratnya).


iv. Pertandingan ratu cantik, ratu kebaya, pertandingan fesyen dan seumpamanya yang mempunyai unsur-unsur memperagakan tubuh badan dan menampakkan perhiasan adalah tidak memenuhi tuntutan menutup aurat dalam Islam.


v. Pertandingan yang melibatkan perhiasan yang menyalahi fitrah seperti mencukur kening, pemakaian rambut palsu, bertatu dan mengasah gigi juga adalah bertentangan dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 119.


vi. Pertandingan seumpama ini boleh mendatangkan pelbagai kemudharatan seperti eksploitasi peserta, kerosakan aqidah dan akhlak, penularan aktiviti pergaulan bebas, membuka ruang kepada berlakunya zina dan sumbang mahram. Maka pertandingan seumpama ini perlu disekat sesuai dengan kaedah Fiqh Saddu Zarai’ (سد الذرائع) iaitu menutup jalan-jalan yang membawa kemungkaran demi menyelamatkan kesucian agama dan maruah umat Islam sepertimana yang dituntut di dalam maqasid al-syariah.


Klik disini untuk mencetak