Makan Ulat Mulong Dan Yang Berkaitan Dengannya
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 20 pada1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-
a. Islam menganjurkan umatnya memakan makanan yang halal dan baik berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-A’raf ayat 157.
b. Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik fuqaha menentukannya berdasarkan uruf masyarakat setempat. Oleh kerana masyarakat Islam Malaysia mengkategorikan bahawa ulat adalah dari haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga Ulat Mulong.
c. Fuqaha tidak mengharuskan berjual beli barang yang tidak suci dan tiada manfaat yang dapat diperolehi dari barang yang dijual dan sebaliknya.
d. Islam menggalakkan umatnya agar berikhtiar menyembuhkan setiap penyakit yang dihidapi tanpa membiarkannya melarat. Bahkan Islam mengharuskan umatnya untuk membuat pilihan dengan mana-mana kaedah rawatan yang bersesuaian sama ada secara moden ataupun alternatif selagimana rawatan tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam seperti larangan berubat dengan bahan-bahan yang haram dan mengandungi najis.