JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Kiraan Bilangan Talak Perkahwinan Kali Kedua Pasangan Yang Diselangi Dengan Perkahwinan Lain


Kategori: Munakahat
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Setelah mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh Tuan Wan Abd. Malik bin Wan Sidek (Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu) berhubung memohon pandangan berhubung dengan kedudukan kiraan bilangan talak perkahwinan kali kedua pasangan yang diselangi dengan perkahwinan lain.


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-8 Penggal Ke-12 yang bersidang pada 20 Syaaban 1439H bersamaan 6 Mei 2018 telah   membuat keputusan seperti berikut:

                  i.       bahawa kedudukan kiraan bilangan talak perkahwinan kali kedua pasangan yang diselangi dengan perkahwinan lain adalah mengikut bilangan talak yang berbaki dengan mengambil kira bilangan talak yang lama.

                     ii.       Keputusan ini dibuat berdasarkan padangan Jumhur Ulama dalam kitab Mausuah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Muasirah, jilid 8, muka surat 456-457, kitab al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah jilid 29, muka surat 50 dan kitab al-Mughni Ibnu Qudamah, juzu’ 8, muka surat 442-444.


Klik disini untuk mencetak