JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengistilahan Masjid Dan Surau Serta Hukum Berkaitan Dengannya

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-



i.  Berdasarkan pendapat para ulama’, masjid yang didirikan padanya solat berjemaah adalah lebih utama untuk beriktikaf di dalamnya.

ii.  Berdasarkan istilah masjid dan surau yang membawa maksud yang sama, maka solat tahiyatul masjid boleh didirikan di kedua-dua tempat tersebut.

iii.  Surau yang mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat statusnya ditukar kepada masjid secara automatik.

iv.  Surau yang tidak ada kebenaran mendirikan solat Jumaat statusnya kekal sebagai surau.

v.   Surau yang berstatus masjid yang tidak mendirikan solat Jumaat ia merupakan kes yang terpencil. 

Klik disini untuk mencetak