JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pelaburan Wang Zakat

Kategori: Zakat
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-


Pelaburan harta zakat adalah diharuskan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:-


i.   Masih ada lebihan setelah agihan zakat dibuat dengan sempurna kepada semua asnaf yang berhak memilikinya;

ii.   Pelaburan wang zakat hendaklah menepati prinsip syarak;

iii.   Keputusan untuk melaburkan wang zakat hendaklah dilakukan oleh pihak yang diizinkan oleh pemerintah untuk memungut dan mengagihkan zakat dengan mendapat persetujuan Majlis Islam Sarawak setelah dirujuk kepada Mufti;

iv. Pelaburan tersebut hendaklah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama serta bersifat amanah;

v.    Penyelidikan terperinci hendaklah dijalankan sebelum wang zakat dilaburkan dalam sesuatu projek;

vi.   Pulangan yang didapati daripada pelaburan wang zakat hendaklah dikembalikan kepada akaun zakat;

vii.    Tidak berlaku keadaan mendesak yang memerlukan wang zakat diagihkan dengan segera kepada golongan asnaf;

viii.     Modal pelaburan wang zakat mudah dicairkan jika diperlukan untuk diagihkan kepada golongan asnaf;

ix.      Pelaburan wang zakat itu selamat dan memberi pulangan atau keuntungan yang hakiki; dan

x.     Sebarang kerugian yang berlaku akibat pelaburan tersebut hendaklah dibayar balik kesemua jumlah harta zakat yang dilaburkan itu kepada akaun zakat demi menjamin hak asnaf oleh Majlis Islam Sarawak.


Klik disini untuk mencetak