JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Dan Kaedah Melaksanakan Ibadah Bagi Pesakit Yang Menggunakan Beg Kolostomi

Kategori: Ibadah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-


Hukum pelaksanaan ibadah bagi pesakit yang menggunakan beg kolostomi telah memutuskan bahawa:


i. Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwudhu' atau menunaikan solat.

ii. Wudhu' yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunaikan solat fardhu sehingga wudhu' tersebut batal.

iii. Pesakit yang berwudhu’ untuk menunaikan solat hendaklah melaksanakannya dengan kaedah berikut:-


a.       Berwudhu’ dengan niat untuk mengharuskan menunaikan ibadat solat;

b.       Berwudhu’ setelah masuk waktu solat;

c.        Menyegerakan ibadat solat sebaik sahaja berwudhu’;

d.       Memperbaharui wudhu’ setiap kali hendak menunaikan solat fardhu.


Klik disini untuk mencetak