Penggunaan Sejadah Bercorak Dan Bergambar
Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 24 Januari 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut :
i. Hukum menggunakan sejadah atau karpet yang bercorak adalah makruh dan tidak digalakkan, sebagaimana nas dalam kitab Majmu' Syarh al-Muhazzab Jilid 3 halaman 180:
واما الثوب الذي فيه صور أو صليب أو ما يلهي فتكره الصلاة فيه واليه وعليه
ii. Jawatankuasa fatwa bersetuju supaya menggantikan sejadah atau permaidani yang bercorak dan bergambar dengan karpet yang tidak bercorak dan bergambar.
والله اعلم بالصواب