JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengurusan Pengebumian Jenazah Dalam Kalangan Warga Polis Diraja Malaysia

Kategori: Ibadah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 24 Januari 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:


i. Anggota polis beragama Islam tidak diharuskan mengusung jenazah anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak yang memerlukan dia melakukannya. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan mendesak, maka ia diharuskan dengan syarat tidak terlibat dalam sebarang upacara keagamaan.


ii. Tidak harus jenazah anggota polis beragama Islam diusung oleh anggota polis bukan Islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak kerana orang Islam hendaklah diutamakan dalam urusan berkaitan agama Islam dan tujuan mengiringi jenazah adalah sebagai syafaat kepada jenazah.


iii. Dilarang anggota polis beragama Islam terlibat tanpa sebarang keperluan mendesak dalam pancaragam sewaktu upacara pengebumian anggota polis bukan beragama Islam.


iv. Dilarang melepaskan tembakan selepas pengebumian jenazah anggota polis beragama Islam kerana muzik-muzik dan bunyi-bunyian tidak dibenarkan di tanah perkuburan.


v.     Dilarang meniup bugle selepas upacara pengebumian dijalankan kerana ia termasuk meninggikan suara di tanah perkuburan serta upacara tersebut tiada faedah dari segi syara’.


vi.   Dilarang menggunakan bunyi-bunyian atau muzik dalam pengurusan jenazah orang Islam sama ada dalam polis atau selainnya.


vii. Dilarang penggunaan pakaian seragam anggota yang mengandungi kalimah Allah dan Muhammad kepada mayat anggota polis tersebut sama ada Islam atau bukan Islam.


والله اعلم بالصواب




Klik disini untuk mencetak