JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 24 Januari 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:


1. Bahawa ajaran daripada pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) oleh Ismail Bin Kasim adalah menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan elemen-elemen berikut:


  1. Terbatal kesemua rukun Islam sekiranya tidak mempelajari ilmu syahadah yang dibawa oleh Ismail Bin Qasim.
  2. Wajib mempelajari zikir nafas kerana tiada cara lain untuk mencari Allah kecuali melaluinya.
  3. Semua makhluk hidup dengan kalimah “ هو ”.
  4. Mendakwa memiliki kelebihan luar biasa apabila mengamalkan zikir nafas.
  5. Mengamalkan kepercayaan wahdatul wujud.
  6. Mentakwil ayat-ayat al-Quran secara batil.
  7. Kaedah pentafsiran al-Quran yang menyeleweng.
  8. Berpegang kepada hadis palsu.
  9. Melampau dalam menghormati guru.

 

2. Mana-mana orang Islam hendaklah menjauhi ajaran daripada Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin oleh Ismail Bin Kasim sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan satu dan dilarang daripada berpegang, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin tersebut hendaklah bertaubat.


3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang memiliki, menyebarkan mengedarkan, menggantungkan, atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuk filem, audio visual, rakaman laman sesawang atau media cetak atau elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin.


4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang daripada bersyubhat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.


والله اعلم بالصواب




Klik disini untuk mencetak