JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2007 telah bersidang pada 05 – 06 September 2007M / 23 – 24 Sya’ban 1428H, bertempat di Board Room, Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, hadis berserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Budha, Hindu, Sikh dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat Al-Quran serta hadis diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasi keseluruhan penerbitan tersebut.


Klik disini untuk mencetak