Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Yang Tidak Diketahui Umur Dan Status Buntingnya
Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 26 pada 9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:
1.1 Qurban dan aqiqah yang telah disyariatkan dalam al-Quran dan al-Hadith merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah S.W.T.
1.2 Sehubungan itu, hukum qurban dan aqiqah ke atas haiwan ternakan adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’ iaitu:
i. Anak kambing muda umurnya melebihi enam (6) bulan.
ii. Biri-biri umurnya telah genap setahun (1) dan telah masuk ke tahun yang kedua (2).
iii. Lembu umurnya telah genap dua (2) tahun dan telah masuk ke tahun yang ke tiga (3).
iv. Unta umurnya genap lima (5) tahun dan telah masuk ke tahun yang ke enam (6).
1.3 Individu yang ingin melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah hendaklah memastikan haiwan tersebut cukup umur dan tidak bunting.
1.4 Para pengimport haiwan ternakan dan penternak tempatan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memastikan haiwan untuk tujuan ibadah qurban dan aqiqah mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan terutama dari segi umur dan status buntingnya.
1.5 Walau bagaimanapun, jika status buntingnya diketahui setelah melakukan sembelihan maka ibadah qurban dan aqiqah tersebut adalah sempurna.