Hukum Pemilihan Jantina Melalui Kaedah In Vitro Fertilization (Ivf)
Setelah mendengar taklimat daripada Dato’ Doktor Ghazali Bin Ismail, Ketua Jabatan Sakit Puan, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 24 Januari 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:
“Hukum membuat rawatan memilih jantina bayi dalam rahim ibu melalui kaedah IVF adalah haram. Walaubagaimanapun, pemilihan jantina diharuskan sekiranya faktor jantina menatijahkan suatu penyakit genetik serius yang boleh membawa kepada kematian”.
والله اعلم بالصواب