JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain Contohnya Salib Dan Seumpamanya Atau Kepercayaan Yang Bertentangan Dengan Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2008 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2008M / 21 – 22 Jamadilawal 1429H, bertempat di Pavilion Hall, Hotel Tang Dynasty Park, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain Contohnya Salib Dan Seumpamanya Atau Kepercayaan Yang Bertentangan Dengan Islam” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Orang Islam adalah haram menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib atau kepercayaan yang bertentangan dengan Islam sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.


Klik disini untuk mencetak