JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengesahan Minyak Wangi Asma’

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Ramadan 1438 bersamaan 15 Jun 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:


Khasiat minyak wangi asma’ yang terkandung dalam senarai yang dilampirkan, sebahagiannya bertentangan dengan aqidah Islamiyyah seperti “khasiat untuk keselamatan mutlak”. Manakala, sebahagian khasiat yang lain didapati meragukan dan boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham oleh masyarakat awam khususnya dari sudut aqidah. Justeru, minyak wangi ini tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, dijual, dipromosi, dipamerkan serta digunakan di negeri Johor Darul Ta’zim.



والله اعلم بالصواب


Klik disini untuk mencetak