JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu

Kategori: Akidah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2008 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2008M / 21 – 22 Jamadilawal 1429H, bertempat di Pavilion Hall, Hotel Tang Dynasty Park, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Amalan-amalan kebudayaan dan kesenian tradisional yang mengandungi unsur-unsur mistik dan kebatinan, tahyul serta khurafat adalah ditegah oleh ajaran Islam kerana ia boleh menjejaskan aqidah umat Islam. 


Klik disini untuk mencetak