Perceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (Sms)
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak keli ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-
i. Talaq dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talaq secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.
ii. Semua perceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talaq tersebut.