Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2008 telah bersidang pada 28 – 29 Mei 2008M / 21 – 22 Jamadilawal 1429H, bertempat di Pavilion Hall, Hotel Tang Dynasty Park, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
1. Islam amat menitikberatkan kebersihan. Namun, produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal dimakan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudharat, maka penggunaannya adalah diharamkan oleh Islam.
2. Oleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudharatan kepada manusia adalah haram digunakan.