JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Sumber Zakat Sebagai Biasiswa Pengajian Tinggi Dijadikan Pinjaman

Kategori: Zakat
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 13 Mei 2000 telah membincangkan mengenai Sumber Zakat Sebagai Biasiswa Pengajian Tinggi Dijadikan Pinjaman. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:


(i) Tiada mana-mana Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang melaksanakan skim pinjaman pengajian dari sumber zakat.


(ii) Wang zakat itu sendiri tidak boleh diberi sebagai bantuan pinjaman kerana harta zakat merupakan tamlik (memberi milik) bukan untuk pinjaman mereka.


Klik disini untuk mencetak