JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Orang Bukan Islam Membaca Atau Menterjemah Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-

 

Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut agar tidak menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti itu boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.

Klik disini untuk mencetak