JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penambahbaikan Pelaksanaan Wang Sumber Am Di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Kategori: Pentadbiran
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-106 yang telah bersidang pada 30 Januari 2018 telah meneliti kertas cadangan ini dan membuat keputusan seperti berikut :


i.  Penggunaan Wang Tidak Patuh Syariah boleh digunakan untuk tujuan pengubahsuaian tandas, pagar, kawasan letak kereta serta segala yang berkaitan dengan masjid dan surau.

ii. Bagi Wang Terimaan Sumber Am selain Fidyah dan Kaffarah juga boleh digunakan untuk agihan beras dan makanan kepada fakir dan miskin

iii. Bagi Wang Hutang Pihak Ketiga pula Mesyuarat bersetuju supaya Wang tersebut dihebahkan terlebih dahulu sebelum digunakan


                                                                            Tindakan : MAIWP




Disahkan oleh :




(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak