JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penetapan Kadar Zakat Fitrah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan Bagi Tahun 1439H/ 2018M

Kategori: Zakat
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-106 yang telah bersidang pada 30 Januari 2018 telah menimbang dan bersetuju untuk membuat keputusan seperti berikut :


Asal kadar zakat fitrah adalah satu sha’ (gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah Al-Zuhaili di dalam kitab Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh iaitu kadarnya bersamaan 2.751 kg manakala di sisi mazhab Hanafi kadarnya bersamaan 3.8 kg.


Harga 1 kilogram Beras Super Spesial Tempatan 5% RM2.60 di darabkan dengan 2.70 kg bersamaan RM7.02. Oleh yang demikian, jumlah tersebut digenapkan kepada RM7.00.


Mesyuarat jawatankuasa perundingan hukum syarak bersetuju menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1439H bersamaan 2018M bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berjumlah RM7.00


                                                                            Tindakan : MAIWP




Disahkan oleh :




(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak