JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penubuhan Bank Susu

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:-


 i. Bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.


ii. Menubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik-beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.


iii. Dan selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:


عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم


Maksudnya:“Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging”.

 

iv. Memandangkan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam maka penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.


v. Walaubagaimanapun, bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/ berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu mengenali antara satu sama lain.

 



 



Klik disini untuk mencetak