Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya
Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 29 pada 10 Muharram 1438H/ 11 Oktober 2016M bersetuju memutuskan berkenaan Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya adalah seperti berikut:
Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh merosakkan akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri, jin, hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini.