JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2009 telah bersidang pada 13 – 14 Mei 2009M / 18 – 19 Jamadilawal 1430H, bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


1. Bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.


2. Muzakarah juga menggesa ibubapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawan dengan fitrah dan sunnatullah.

Klik disini untuk mencetak