Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima garis panduan seperti berikut:
GARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF,
ANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA
1. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita.
2. Tafsiran
Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:
“tak sah taraf” berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[1].
“persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam[2].
“nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah[3].
“kanak-kanak” ertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun[4].
“anak pungut” ertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.[5]
Ertinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil[6].
“maula” ertinya pemilik budak[7].
Ertinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat[8].
“saudara baru (muallaf)/ saudara kita” ertinya seseorang yang baru memeluk Islam[9].
3. Penamaan Anak Tak Sah Taraf
3.1 Anak tak sah taraf yang lahir hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.
3.2 Jika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)
3.3 Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:
Bil
CONTOH PENAMAAN
Lelaki
Perempuan
1
Ahmad Bin Abdullah
Azizah Binti Abdullah
2
Ahmad Bin Abdul Rahman
(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)
Azizah Binti Abdul Rahman
(Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.)
4. Penamaan Anak Angkat
4.1 Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam
4.1.1 Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.
4.1.2 Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem ‘bin’ atau mem ‘binti’ anak yang sah taraf.
4.1.3 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah:
Perkara
Nama Lelaki
Nama Perempuan
Nama kanak-kanak
:
Faiz
Tasnim
Nama bapa kandung
:
Arif
Arif
Nama bapa angkat
:
Amir
Amir
Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:
Bil
CONTOH PENAMAAN
Lelaki
Perempuan
1
Faiz Bin Arif
Tasnim Binti Arif
4.2 Pengangkatan Anak Bukan Islam
4.2.1 Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di ‘bin’ dan di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri.
4.2.2 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah;
Perkara Nama
Nama kanak-kanak : Tan San Tai
Nama bapa kandung : Tan Lee Sin
Nama keluarga/ keturunan : Tan
Nama Islam (kanak-kanak) : Ahmad
Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:
CONTOH PENAMAAN
Nama Asal
Nama Islam
Tan San Tai
Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin
Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin
Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin
Ahmad Bin Tan Lee Sin
Ahmad Bin Lee Sin
Ravi a/l Maniam
Ravi Bin Maniam
Ahmad Ravi Bin Maniam
4.2.3 Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.
Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:
CONTOH PENAMAAN
Nama Asal
Nama Islam
* Siva a/l Maniam
Ahmad Bin Maniam
*Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).
4.3 Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf
4.3.1 Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.
4.3.2 Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B)
4.3.3 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah:
Perkara
Nama Lelaki
Nama Perempuan
Nama kanak-kanak
:
Ahmad
Azizah
Nama bapa angkat
:
Ali
Ali
Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut:
BIL
CONTOH PENAMAAN
Lelaki
Perempuan
1
Ahmad Bin Abdullah
Azizah Binti Abdullah
4.4 Anak Pungut
4.4.1 Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’.
4.4.2 Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim.
4.4.3 Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas.
5. Penggunaan “Maula”
Penggunaan “maula” bagi menganti ‘bin’ atau ‘binti’ dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah.
6. Penamaan Saudara Kita
i. Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya atau kepada ‘Abdullah’ atau “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian.
CONTOH PENAMAAN
Nama Asal
Nama Islam
Judi Anak Man
Ahmad Bin Man
Joyah Anak Man
Mariam Binti Man
Tan San Tai
Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin
Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin
Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin
Ahmad Bin Tan Lee Sin
Ahmad Bin Lee Sin
Ravi a/l Maniam
Ravi Bin Maniam
Ahmad Ravi Bin Maniam
ii. Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam.
CONTOH PENAMAAN
Nama Asal
Nama Islam
* Rajesh a/l Maniam
Ahmad Bin Maniam
* Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan).
iii. Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru.
CONTOH PENAMAAN
Nama Asal
Nama Islam
Tan San Tai
Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin
iv. Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru.
CONTOH PENAMAAN
Nama Saudara Kita
Nama Anak Saudara Kita
Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin
Muhammad Tan Bin Ahmad Tan
7. Penutup
Adalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam.
[1] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1).
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002.
[5] Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur.
[6] Kamus dewan, edisi ke-4
[7] Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi’ah Am, Advance Publication, Selangor hlm 204.
[8] Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor.
[9] Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998.