JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Teknik Thoracic Sticking Dalam Penyembelihan


Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 29 pada 10 Muharram1438H/ 11 Oktober 2016M bersetuju memutuskan berkenaan Teknik Thoracic Sticking Dalam Penyembelihan adalah seperti berikut:

 

Kaedah thoracic sticking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 

i. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu putus keempat-empat urat mari’, halkum dan wadajain).


ii. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna (complete bleeding) atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku.


 iii. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah thoracic sticking hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian; dan


 iv.  Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.


Klik disini untuk mencetak