Mengagih Zakat Secara Persendirian Dan Qadha’ Zakat
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:
i. Pengagihan zakat kepada asnaf yang layak haruslah dilaksanakan melalui pemerintah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut berdasarkan Kaedah Fiqh :
التصرف على الرعية منوط بالمصلحة
“Sesuatu yang dilakukan ke atas rakyatnya adalah bergantung kepada maslahah (kepentingan umum)”
ii. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.
iii. Zakat yang tidak ditunaikan pada tahun yang sepatutnya adalah wajib diqadha’.