Buku bertajuk : Membela Sunnah Nabawiyah Karangan Abd Wahab Bustami
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2009 telah bersidang pada 09 Disember 2009M / 22 Zulhijjah 1430H, bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Buku bertajuk : Membela Sunnah Nabawiyah Karangan Abd Wahab Bustami” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
1. Kandungan buku ini tidak sesuai dibaca oleh masyarakat awam kerana mengandungi perkara-perkara yang berbentuk khilafiah mazhabiah yang mungkin boleh mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia.
2. Sesiapa yang hendak membaca buku ini, perlulah mendapat bimbingan dari mereka yang arif dalam hukum syarak.
3. Penyebaran buku ini perlu mendapat pemantauan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa
Tarikh Warta : 7 September 2017