JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menggugurkan Kandungan Yang Dijangkiti Virus Zika


Kategori: Perubatan
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 29 pada 10 Muharram1438H/ 11 Oktober 2016M mengambil maklum tentang pembentangan Virus Zika Menurut Perspektif Perubatan yang telah dibentangkan oleh 2 orang wakil dari Jabatan Kesihatan Sarawak, iaitu Datu Dr. Andrew, Pakar Perunding Epidemology, Dr. Dayangku Siti Rafidah binti Pangeran Hashim, Ketua Penolong Pengarah Unit Survelan dan 2 orang wakil Hospital Umum Sarawak iaitu Dr. Chua Hock Hin, Pakar Penyakit Berjangkit dan Dr. Rafaie Amin, O&G/ MFM Cosultant.

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Menggugurkan Kandungan Yang Dijangkiti Virus Zika adalah seperti berikut:

 

Tidak diharuskan untuk menggugurkan kandungan kecuali jika ia membahayakan nyawa ibu.

Klik disini untuk mencetak