Menghisap Shisha
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:
i. Hukum menghisap shisha adalah haram di sisi syarak kerana ianya jelas menyalahi ‘maqasid syar’iyyah’ iaitu memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta termasuk dalam perkara keji. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh “سد الذريعة” iaitu menutup pintu kerosakan. Ini bermakna menyekat sesuatu yang boleh membahayakan diri seseorang adalah perlu dijauhi.
ii. Oleh hal yang demikian, penyediaan perkhidmatan menghisap shisha seperti menjual atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya adalah dilarang.