JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penetapan Kadar ‘Uruf Zakat Emas Di Negeri Sabah

Kategori: Zakat
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2009 telah bersidang pada 09 Disember 2009M / 22 Zulhijjah 1430H, bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Penetapan Kadar ‘Uruf Zakat Emas Di Negeri Sabah” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Kadar ‘uruf emas perhiasan di Negeri Sabah adalah pada timbangan 152 gram. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar ‘uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat perhiasan sepenuhnya, tanpa mengecualikan nilai yang dibawah adat atau ‘uruf.



Klik disini untuk mencetak