JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2010 telah bersidang pada 11 Mac 2010M / 25 Rabiulawal 1431H, bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Umat Islam dilarang menyertai aktiviti candlelight vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.



Klik disini untuk mencetak