JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membina Tandas Di Dalam Pagar Kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Bari


Kategori: Lain-lain
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Setelah mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Sofiyuddin bin Yussof (Pegawai Agama Daerah Setiu), Encik Mohd Syarul bin Zakaria (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam) dari Pejabat Agama Daerah Setiu dan  Tuan Haji Ayub bin Ahmad (Imam Masjid Kampung Sungai Bari) berhubung permohonan cadangan membina tandas di dalam pagar kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Bari, Setiu.

           

           Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-9 Penggal Ke-12 yang bersidang pada 19 Ramadan 1439H bersamaan 4 Jun 2018 telah membuat keputusan tidak membenarkan membina tandas di dalam pagar kawasan tanah perkuburan demi menjaga kebersihan dan kehormatan kubur. 

Klik disini untuk mencetak