JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pemasangan Stesyen Pemancar Celcom Di Menara Masjid

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2005 yang bersidang pada 7 Mac 2005 telah membincangkan mengenai Pemasangan Stesyen Pemancar Celcom Di Menara Masjid Tengah, Jalan Berapit, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Mesyuarat memutuskan bahawa:


(i) Hukum pemasangan dan menerima wang sewaan pemasangan stesyen pemancar telekomunikasi adalah harus.


(ii) Mengenai harta wakaf sekiranya hendak dibangunkan pihak qaryah perlu mendapat persetujuan MAINPP iaitu pihak yang memegang amanah.


Klik disini untuk mencetak