JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:

 

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat berpandangan bahawa cochineal adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
  2. Mesyuarat juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha’ sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir.
  3. Berdasarkan ketetapan tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan.



Klik disini untuk mencetak