JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembangunan Semula Di Tapak Masjid Atau Surau


Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 7 Zulhijjah 1432H/ 3 November 2012M sebulat suara menerima hukum seperti yang diputuskan dalam Muzakarah tersebut bahawa hukum meroboh masjid dengan tujuan membangun semula masjid dan pusat komersial atau lain-lain adalah harus dengan mengambil kira syarat-syarat yang berikut:-

 

a.  KETAQWAAN

Mengutamakan adab dan tingkah laku semasa berada di dalam Masjid dan Surau serta persekitarannya. Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

Maksudnya:


...sesungguhnya masjid yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya, di dalamnya ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”.                                                                            

(Surah at-Taubah :108)

 

b.  KEBERSIHAN

Memiliki rasa kesedaran dan tanggungjawab dalam aspek kebersihan diri, pakaian serta persekitaran Masjid dan Surau.


c.   KECERIAAN

Menjaga keceriaan Masjid dan Surau yang meliputi kekemasan dan susun atur peralatan.


d.   KESELAMATAN

Memastikan harta benda dan ruang Masjid dan Surau digunakan dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah; dan

memastikan diri dan hak milik peribadi dalam keadaan selamat dan terjaga.


e.   KEPATUHAN

Memastikan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Masjid dan Surau dari semasa ke semasa dipatuhi.


Aktiviti perniagaan atau lain-lain yang hendak dijalankan di kawasan masjid mestilah menjalankan perniagaan yang halal dan tidak bercanggah dengan hukum syarak dalam apa sahaja bentuk sebagaimana dalam sebuah hadis:-


عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كثيرمِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كالراعي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِن حِمَى اللهِ مُحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كله ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسد الْجَسَدُ كله ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).


Maksudnya:


"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir R.A. katanya: saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati(jantung). '

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hasil, pulangan atau manfaat daripada aktiviti perniagaan dan lain-lain untuk tujuan khairat.


Pembangunan semula tapak masjid atau surau hendaklah mengambil kira kedudukan tanah wakaf tersebut sama ada wakaf am atau wakaf khas.


Klik disini untuk mencetak