JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Sarawak


Kategori: Akidah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Kertas ini telah dibincang dalam Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 yang bersidang pada 23 November 1996. Akhir-akhir ini pengaruh Syiah semakin berleluasa di Malaysia. Rentetan daripada itu, keputusan tersebut dibincangkan lagi di dalam Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 3 November 2011 dan mesyuarat sebulat suara bersetuju agar sighah ini dicadangkan untuk diwartakan. Sighah tersebut adalah seperti berikut:-


1. Semua Mazhab Syiah dari golongan apapun tidak boleh diterima untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak.


2. Menetapkan bahawa umat Islam di Sarawak hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.


3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.


4. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubung dengan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam' seperti berikut :


“Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.


5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah diharamkan.


6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.


7. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.


8. Meletakkan perkataan Islam yang berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan).


9. Menubuh sebuah jawatankuasa untuk mengawal ajaran bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


10. Memperhebatkan dakwah dan penerangan berasaskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


11. Menerbit risalah penerangan mengenai ajaran Syiah.


Klik disini untuk mencetak