JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kajian Semula Hukum Wanita Sebagai Hakim Syarie

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2013 telah bersidang pada 02 – 04 Disember 2013M / 28 Muharam hingga 01 Safar 1435H, bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Kajian Semula Hukum Wanita Sebagai Hakim Syarie” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Wanita tidak harus dilantik menjadi Hakim Syarie kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jumhūr Fuqahā. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pandangan ulama yang mengharuskan pelantikan Hakim Syarie Wanita dalam kes-kes selain Hudud dan Qisas.


Oleh itu, Muzakarah berpandangan bahawa wanita adalah harus dilantik menjadi Hakim Syarie dalam kes-kes Mal sahaja, kecuali perkara yang berkaitan dengan Wali Hakim. Pemilihan dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh berhemah dan teliti.


Klik disini untuk mencetak