JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Definisi Wang Lebihan Zakat (Al-Faid)

Kategori: Pentadbiran
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2013 telah bersidang pada 02 – 04 Disember 2013M / 28 Muharam-01 Safar 1435H, bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Definisi Wang Lebihan Zakat (Al-Faid)” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Muzakarah bersetuju dengan pindaan pada definisi wang lebihan zakat (al-Faid) seperti berikut: 


  1. Wang Lebihan Zakat atau al-Faid adalah sejumlah wang zakat dan fitrah yang tidak habis dibelanjakan kepada lapan asnaf yang berhak menerimanya mengikut Hukum Syarak dan kekal di dalam Kumpulan Wang Zakat dan hendaklah diagihkan pada tahun berikutnya.
  2. Tabung Tawaqquf Zakat hendaklah ditubuhkan oleh Pusat Zakat Sabah bagi memenuhi tuntutan dan keperluan syarak.




Klik disini untuk mencetak