JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Senam / Tarian Zumba

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2014 telah bersidang pada 15 – 17 April 2014M / 15 – 17 Jamadilakhir 1435H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Senam Zumba” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Orang Islam adalah haram dan dilarang untuk melibatkan diri di dalam senam/tarian zumba yang jelas mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam seperti percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pendedahan aurat, elemen erotik serta tidak menepati Garis Panduan Sukan Menurut Perspektif Islam.


Klik disini untuk mencetak