Wanita Haid Hadir Mendengar Ceramah Agama Dalam Masjid Atau Di Balai Lintang
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2005 yang bersidang pada 5 April 2005 telah membincangkan mengenai Wanita Haid Hadir Mendengar Ceramah Agama Dalam Masjid Atau Di Balai Lintang. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:
(i) Wanita yang berada dalam keadaan haid di dalam masjid untuk mendengar ceramah adalah haram.
(ii) Wanita yang berada dalam keadaan haid di balai lintang, dan sekiranya balai lintang tersebut tidak disifatkan sebagai masjid maka tidak haram.
(iii) Balai Lintang tersebut hendaklah ditentukan statusnya dengan merujuk kepada pelan pembangunan.