JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2014 telah bersidang pada 15 – 17 April 2014M / 15 – 17 Jamadilakhir 1435H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.


Klik disini untuk mencetak