JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyertaan dalam Upacara Ritual Bukan Islam (Upacara Monolob/Posogit Dan Apa-Apa Upacara Seumpamanya)

Kategori: Akidah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2015 telah bersidang pada 28 – 30 Julai 2015M / 12 – 14 Syawwal 1436H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Menyertai Upacara Ritual Bukan Islam (Upacara Monolob/Posogit Dan Apa-Apa Upacara Seumpamanya)” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Upacara Monolob/Posogit atau apa-apa upacara ritual yang seumpamanya adalah ditegah oleh syarak kepada orang Islam. Oleh itu:


  1. Mempercayai malapetaka adalah disebabkan kemarahan Aki Nabalu (penunggu Gunung Kinabalu) adalah perkara yang boleh membawa kepada syirik.
  2. .Orang Islam yang menyembelih dan memakan daging sembelihan ritual tersebut adalah haram.
  3. Orang Islam yang menyertai, membiayai, menganjur dan seumpamanya adalah haram dan dilarang.


Orang Islam adalah dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan upacara ritual tersebut.




Klik disini untuk mencetak