Pemilikan Baitul Mal Dalam Harta Pusaka Orang Islam
Setelah dilihat dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 21 Muharram 1439 bersamaan 11 Oktober 2017 telah mengambil keputusan seperti berikut:
“Berdasarkan kepada pendapat Imam as-Syafie bahawa harta pusaka si mati boleh terhak kepada Baitul Mal yang ditadbir urus dengan baik seperti yang ada sekarang. Justeru, Baitul Mal adalah pewaris pusaka harta si mati yang tidak mempunyai waris dan juga mempusakai bagi harta pusaka yang tidak dapat dihabisi oleh waris.”.
والله اعلم بالصواب