JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tarekat Ahmadiyyah Idrissiyah: Kajian Perkembangan Dan Amalan Di Malaysia


Kategori: Akidah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Muharram 1438 bersamaan 26 Oktober 2016 telah mengambil keputusan seperti berikut:


i. Kandungan zikir, selawat dan tahlil yang terdapat di dalam pengamalan tarikat Ahmadiyyah Idrisiyyah tidak bertentangan dengan unsur-unsur aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


ii. Aspek berkaitan kepercayaan dan amalan dalam tarikat Ahmadiyyah Idrisiyyah yang diamalkan oleh semua cabang tarikat Ahmadiyyah Idrissiyah di Malaysia tidak bertentangan dengan prinsip aqidah dan syariat Islam dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah.


والله اعلم بالصواب


Klik disini untuk mencetak