Pengguguran Kandungan Wanita Hamil Dijangkiti Virus Zika
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Muharram 1438 bersamaan 26 Oktober 2016 telah mengambil keputusan seperti berikut:
Hukum pengguguran kandungan ibu hamil yang dijangkiti virus zika adalah seperti berikut:
i. Ibu hamil yang dijangkiti virus zika adalah dilarang menggugurkan kandungan atau janin. Walaubagaimanapun, sekiranya dengan meneruskan kandungan tersebut boleh membahayakan nyawa ibu maka ianya diharuskan dengan darurat.
ii. Sekiranya kandungan atau janin yang dijangkiti virus zika boleh membawa kepada kecacatan yang teruk, dan ia belum mencapai usia 120 hari, maka ia harus digugurkan dengan alasan hajat dan maslahah.
iii. Dalam membuat pertimbangan untuk mengugurkan kandungan atau janin yang dijangkiti virus zika ini hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Mendapat pengesahan pakar-pakar perubatan yang dipercayai.
b. Pengguguran tidak membawa kepada kemudaratan yang lebih teruk.
c. Keputusan dibuat secara “case by case”.
d. Mendapat persetujuan pasangan atau waris perempuan.
والله اعلم بالصواب